“Tiada Sebarang Caj Tambahan Dikenakan Semasa Tempoh Moratorium”

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli sama ada konvensional dan syariah.

Caj tambahan berkenaan adalah kadar faedah terakru serta yuran dan penalti lewat bayar.

Katanya, bank dan institusi kewangan sudah bersetuju bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan syariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebu

“Persepakatan sudah dicapai antara kementerian dengan industri perbankan berhubung perkara itu,” katanya

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, peminjam hanya perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing.

“Ia termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium itu. Maklumat lanjut, katanya, boleh didapati daripada bank masing-masing,” katanya

Justeru tambahnya, kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini.

Post a Comment

0 Comments