Aktifkan Do Not Disturb
Memetik sumber dari Oh media, sumber gambar dari iOS Gadget Hacks dengan ciri Do Not Disturb ini, ia membolehkan anda mendapatkan tidur yang lena. Bagaimana? Dengan menghidupkan ciri ini, ia akan senyapkan semua alert pada iPhone anda, sama ada dengan set scheduled atau on-demand. Paling menarik, sekiranya ada seseorang ingin mendapatkan anda (kecemasan), anda boleh set ciri dengan membenarkan panggilan dari nombor yang sama untuk membuatkan iPhone anda berdering.
Anda juga boleh memutuskan untuk membenarkan beberapa panggilan dari senarai contact yang sudah anda tambah sebagai favourite dalam iPhone berkenaan.
Sumber gambar dari iPhone Life seperti semua tahu pihak Apple telah mengembalikan butang Touch ID pada iPhone SE 2020 dan membenarkan iOS menambahkan bilangan cap jari pada Touch ID berkenaan. Tidak seperti sebelum ini, iOS hanya membenarkan satu cap jari sahaja.
Caranya ialah, pergi Setting, kemudian Touch ID & Passcode. Masukkan nombor pin anda dan pilih Add fingerprint kemudian ikut langkah yang ditetapkan.
Sumber gambar dari Youtube, ciri pengecaman wajah dari Apple, Face iD akan sentiasa belajar dan belajar semula aspek yang berlainan pada wajah anda setiap kali imbasan dibuat. Namun akan ada certain waktu yang membuatkan anda struggling untuk membuatkan Face ID mengecam wajah anda.
Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan pilihan Alternate Appearance untuk mengatasinya. Caranya ialah, pergi ke Setting kemudian Face ID & Passcode. Masukkan nombor PIN dan pilih Set Up Alternate Appearance kemudian ikuti langkah yang diberikan.
Sumber gambar dari Systweak Kecerahan skrin memberi impak yang besar pada jangka hayat bateri. Tetapan asal, iaitu Auto Brightness, iOS akan secara automatik mengubah kecerahan skrin berdasarkan jumlah cahaya yang dikesan oleh ambient sensor detects.
Dengan menyahaktikan ciri Auto Brightness, anda mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap kecerahan skrin iPhone anda.
Caranya adalah dengan pergi ke Setting, pilih Control Center kemudian Customise Control. Anda boleh remove pilihan dengan tap pada red minus button dan menambah pilihan dengan tap pada green addition button.
0 Comments